Mengandung? Alhamdulillah..rezeki dariNya dan kita kena jaga dengan baik. Macam mana nak jaga? Kita kena jaga dari awal, sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas mengandung (dah bersalin). Mesti seronok kan bila dapat tahu mengandung. Seperti saya dan suami, selama 3 tahun lebih kami mencuba dan terus mencuba. Akhirnya berjaya.
Bila mengandung kena la makan vitamin. Untuk diri kita dan baby, kena la jaga baik-baik. Dah la lama menunggukan. Penting ke ambil vitamin ni? Bagaimana? Cara terbaik nak dapatkan vitamin adalah melalui pemakanan sihat. Tetapi zaman sekarang ni penuh dengan bahan makanan tak sihat, persekitaran yang juga tak berapa nak sihat, boleh ke kita makan sayuran atau bahan makanan yang berkhasiat sepenuhnya?
Sekarang ni zaman tak seperti dahulu, dahulu semua tanaman tanpa kimia, tanpa pencemaran. Tapi sekarang, tengok di sekeliling kita dengan cuaca jerebunya habis tanaman diselaputi jerebu. Jadi sebab itulah ibu hamil disarankan mengambil vitamin prenatal. Ada 6 jenis vitamin wajib yang ibu kena ambil.Meh kita tengok.
1 : Folik Asid
Kenapa? Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari. Bila perlu ambil? Dari mula mahu hamil (sebelum hamil la tu). Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
2 : Vitamin B12
Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf. Perlu untuk pembentukan sel darah dan untuk kebaikan bayi yang dikandung.
3 : Vitamin C
Untuk membantu penyerapan zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun. Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.
4 : Vitamin D
Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.
5 : Kalsium
Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi. Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanan kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.
Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.
6 : Zat Besi
Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi. Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Kekurangan zat besia akan boleh menyebabkan masalah hb rendah/anemia pada ibu. Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.
#Jadi pada ibu-ibu jangan pandang rendah pada kepentingan pengambilan vitamin semasa hamil kerana ianya untuk kepentingan dan kesihatan diri dan juga bayi yang dikandung. Tambahan pula pada cuaca kita sekarang yang tidak sihat.
No comments:
Post a Comment