Monday, 5 October 2015

Set Ibu Mengandung Shaklee

Alhamdulillah ibu mengandung. Jadi kena la buka buku pink, untuk pemeriksaan pembesaran bayi yang dikandung dan juga kesihatan ibu. Jadi bila kita dah buku pink mesti pihak klinik akan bagi kita banyak vitamin. Iaitu vitamin prenatal, ia penting tau, nurse-nurse yang memeriksa kita mesti akan bagi tahu kepentingan setiap vitamin tu. Kalu diaorang tak bagi tahu, kita tanya la. 
Nampak tak betapa pentingnya vitamin prenatal untuk ibu mengandung. Walau apa pun kita makan atau bagaimana pun kita jaga pemakanan, bekalan vitamin prenatal amatlah penting untuk ibu hamil.


Ini kerana bukan sahaja kita perlu menjaga kesihatan diri, tapi vitamin prenatal ini adalah untuk kebaikan bayi dalam kandungan juga. Tidak kira apa jenis set vitamin yang anda ambil tapi asasnya doktor akan memberikan ibu dengan vitamin b complex, kalsium dan juga pil zat besi.Set Ibu Mengandung Shaklee


Ada apa dalam Set Ibu Mengandung?? Ia terdiri dari Vitalea (multi vitamin), B Complex, Vitamin C dan Ostematrix. Ini adalah set asas yang wajib diamalkan oleh ibu mengandung yang mahu menjaga kandungan dari awal.



Vitamin-vitamin ini mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri di mana setiap satu memberikan fungsi yang berlainan untuk kesihatan ibu dan bayi kandungan.
Manfaat Set Mengandung Shaklee


Vitalea: multivitamin yang mengandungi zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Sel darah merah ini membentuk hemoglobin yang berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan.

Ibu hamil yang menghadapi masalah hb rendah sangat perlu mengambil zat besi. Bila kekurangan oksigen, bayi dalam kandungan juga akan terjejas keperluannya. Sebab itulah bekalan zat besi adalah wajib pada saat kehamilan.


Vitamin C: Untuk kesihatan gusi dan gigi semasa hamil dan untuk menyokong pembentukan kolagen dalam badan. Vitamin C juga sangat diperlukan untuk membantu penyerapan zat besi secara optimum. Gabungan vitalea dan Vitamin C adalah sangat serasi diambil bersama-sama.


B Complex: mengandungi asid folik yg sgt diperlukan oleh ibu untuk elakkan anak dari kandungan mengalami kecacatan tulang belakang. Ibu hamil perlukan 400mcg asid folik sehari untuk bantu mengurangkan risiko bayi dengan kecacatan tube neural. Kecacatan saraf tulang belakang boleh menyebabkan kematian bayi. Ia juga boleh mengurangkan masalah MORNING SICKNESS!


Ostematrix: sumber kalsium, vitamin D dan magnesium untuk menjaga kesihatan tulang ibu. Semasa hamil sumber kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Masa ini keperluan kalsium sangat kritikal dan jika ibu tidak cukup bekalan kalsium, bekalan kalsium yang tersimpan dalam badan ibu akan digunakan sehingga boleh menyebabkan kerapuhan tulang di masa depan.



Dan tambahan ada Omega Guard (minyak ikan).


Omega Guard: kandungan DHA dalam Omega Guard sangat bermanfaat untuk otak bayi. Bayangkan diawal kehamilan otak bayi menjalani pertumbuhan yang sangat pesat dan sudah tentu dengan memaksimakan bekalan DHA dalam pemakanan harian membolehkan ibu tersenyum lega kerana manfaat dapat disalurkan pada bayi anda. Ia membantu tumbesaran & perkembangan otak bayi dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Semua ibu tentu mahukan yang terbaik untuk kesihatan dan perkembangan otak bayi bukan? Siapa tidak mahukan anak pintar dan cerdas. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

No comments:

Post a Comment