Monday, 5 October 2015

Set Ibu Mengandung Shaklee

Alhamdulillah ibu mengandung. Jadi kena la buka buku pink, untuk pemeriksaan pembesaran bayi yang dikandung dan juga kesihatan ibu. Jadi bila kita dah buku pink mesti pihak klinik akan bagi kita banyak vitamin. Iaitu vitamin prenatal, ia penting tau, nurse-nurse yang memeriksa kita mesti akan bagi tahu kepentingan setiap vitamin tu. Kalu diaorang tak bagi tahu, kita tanya la. 
Nampak tak betapa pentingnya vitamin prenatal untuk ibu mengandung. Walau apa pun kita makan atau bagaimana pun kita jaga pemakanan, bekalan vitamin prenatal amatlah penting untuk ibu hamil.


Ini kerana bukan sahaja kita perlu menjaga kesihatan diri, tapi vitamin prenatal ini adalah untuk kebaikan bayi dalam kandungan juga. Tidak kira apa jenis set vitamin yang anda ambil tapi asasnya doktor akan memberikan ibu dengan vitamin b complex, kalsium dan juga pil zat besi.Set Ibu Mengandung Shaklee


Ada apa dalam Set Ibu Mengandung?? Ia terdiri dari Vitalea (multi vitamin), B Complex, Vitamin C dan Ostematrix. Ini adalah set asas yang wajib diamalkan oleh ibu mengandung yang mahu menjaga kandungan dari awal.



Vitamin-vitamin ini mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri di mana setiap satu memberikan fungsi yang berlainan untuk kesihatan ibu dan bayi kandungan.
Manfaat Set Mengandung Shaklee


Vitalea: multivitamin yang mengandungi zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah. Sel darah merah ini membentuk hemoglobin yang berfungsi menghantar oksigen ke seluruh badan.

Ibu hamil yang menghadapi masalah hb rendah sangat perlu mengambil zat besi. Bila kekurangan oksigen, bayi dalam kandungan juga akan terjejas keperluannya. Sebab itulah bekalan zat besi adalah wajib pada saat kehamilan.


Vitamin C: Untuk kesihatan gusi dan gigi semasa hamil dan untuk menyokong pembentukan kolagen dalam badan. Vitamin C juga sangat diperlukan untuk membantu penyerapan zat besi secara optimum. Gabungan vitalea dan Vitamin C adalah sangat serasi diambil bersama-sama.


B Complex: mengandungi asid folik yg sgt diperlukan oleh ibu untuk elakkan anak dari kandungan mengalami kecacatan tulang belakang. Ibu hamil perlukan 400mcg asid folik sehari untuk bantu mengurangkan risiko bayi dengan kecacatan tube neural. Kecacatan saraf tulang belakang boleh menyebabkan kematian bayi. Ia juga boleh mengurangkan masalah MORNING SICKNESS!


Ostematrix: sumber kalsium, vitamin D dan magnesium untuk menjaga kesihatan tulang ibu. Semasa hamil sumber kalsium sangat diperlukan untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan. Masa ini keperluan kalsium sangat kritikal dan jika ibu tidak cukup bekalan kalsium, bekalan kalsium yang tersimpan dalam badan ibu akan digunakan sehingga boleh menyebabkan kerapuhan tulang di masa depan.



Dan tambahan ada Omega Guard (minyak ikan).


Omega Guard: kandungan DHA dalam Omega Guard sangat bermanfaat untuk otak bayi. Bayangkan diawal kehamilan otak bayi menjalani pertumbuhan yang sangat pesat dan sudah tentu dengan memaksimakan bekalan DHA dalam pemakanan harian membolehkan ibu tersenyum lega kerana manfaat dapat disalurkan pada bayi anda. Ia membantu tumbesaran & perkembangan otak bayi dan membantu perkembangan memori - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Semua ibu tentu mahukan yang terbaik untuk kesihatan dan perkembangan otak bayi bukan? Siapa tidak mahukan anak pintar dan cerdas. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

Vitamin apa yang ibu mengandung perlu ambil?

Mengandung? Alhamdulillah..rezeki dariNya dan kita kena jaga dengan baik. Macam mana nak jaga? Kita kena jaga dari awal, sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas mengandung (dah bersalin). Mesti seronok kan bila dapat tahu mengandung. Seperti saya dan suami, selama 3 tahun lebih kami mencuba dan terus mencuba. Akhirnya berjaya.
Bila mengandung kena la makan vitamin. Untuk diri kita dan baby, kena la jaga baik-baik. Dah la lama menunggukan. Penting ke ambil vitamin ni? Bagaimana? Cara terbaik nak dapatkan vitamin adalah melalui pemakanan sihat. Tetapi zaman sekarang ni penuh dengan bahan makanan tak sihat, persekitaran yang juga tak berapa nak sihat, boleh ke kita makan sayuran atau bahan makanan yang berkhasiat sepenuhnya?
Sekarang ni zaman tak seperti dahulu, dahulu semua tanaman tanpa kimia, tanpa pencemaran. Tapi sekarang, tengok di sekeliling kita dengan cuaca jerebunya habis tanaman diselaputi jerebu. Jadi sebab itulah ibu hamil disarankan mengambil vitamin prenatal. Ada 6 jenis vitamin wajib yang ibu kena ambil.Meh kita tengok.

1 : Folik Asid

Kenapa? Untuk elakkan kecacatan spina bifida atau masalah kecacatan bahagian saraf tunjang bayi. Ibu perlukan sebanyak 400mcg sehari. Bila perlu ambil? Dari mula mahu hamil (sebelum hamil la tu). Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

2 : Vitamin B12

Biasanya didapati dalam daging, ikan, telur, susu. Ia penting untuk pembentukan sel darah merah dan pembentukan sistem saraf. Perlu untuk pembentukan sel darah dan untuk kebaikan bayi yang dikandung.

3 : Vitamin C

Untuk membantu penyerapan zat besi yang diambil oleh ibu. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan bayi anda seperti tulang, kulit dan juga sistem imun. Semasa hamil sekurangnya sebanyak 85mg sehari perlu diambil.

4 : Vitamin D

Vitamin D membantu untuk kesihatan tulang ibu dan gigi yang sihat. Juga untuk perkembangan tulang bayi juga. Vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih sempurna.

5 : Kalsium

Kalsium adalah untuk kesihatan tulang dan gigi bayi dan juga kesihatan perkembangan jantung, otot dan saraf bayi. Ia diperlukan oleh bayi untuk pembentukan degupan jantung yang normal. Jika ibu tak cukup pengambilan kalsium, bayi anda akan ambil dari simpanan kalsium ibu dan ini akan menyebabkan risiko ibu terkena osteoporosis (kereputan tulang) di kemudian hari.
Ibu perlukan sekurangnya 1000mg setiap hari semasa hamil.

6 : Zat Besi

Zat besi sangat diperlukan untuk membawa oksigen ke seluruh bahagian badan dan juga melalui plasenta kepada bayi. Ibu hamil perlukan 27mg zat besi sehari. Kekurangan zat besia akan boleh menyebabkan masalah hb rendah/anemia pada ibu. Masalah hb rendah boleh mengundang risiko pada bayi seperti kelahiran tidak cukup bulan atau pun kelahiran dengan berat badan yang tidak memuaskan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), anemia kekurangan darah juga menjadi penyebab keganjilan perangai terhadap anak, lemah tahap pembangunan mental berbanding rakan sebaya, katanya.

#Jadi pada ibu-ibu jangan pandang rendah pada kepentingan pengambilan vitamin semasa hamil kerana ianya untuk kepentingan dan kesihatan diri dan juga bayi yang dikandung. Tambahan pula pada cuaca kita sekarang yang tidak sihat.


10 Makanan Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Sperma?Bilangan sperma (Sperm Count) merupakan antara faktor terpenting dalam menentukan tahap kesuburan bagi seorang lelaki. Kajian menunjukkan lebih dari separuh masalah kesuburan dalam sesebuah pasangan berpunca dari  bilangan sperma yang kurang dari tahap normal. Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia, (World Health Organization, WHO) bilangan sperma yang normal adalah sekurang-kurangnya 15 juta sperma per ml air mani.

Antara faktor lain selain bilangan sperma yang turut menyumbang kepada kesuburan lelaki adalah motility (Keupayaan sel untuk bergerak sendiri) dan morfologi (bentuk) sperma, serta isi padu, tahap kepekatan fructose, dan pH air mani.

Faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti faktor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :     
1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan komputer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesiti
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

10 jenis makanan yang boleh meningkatkan bilangan sperma
Namun begitu, senaman dan pemakanan yang sihat boleh membantu anda untuk meningkatkan bilangan sperma. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk meningkatkan bilangan sperma antaranya :

1. PISANG



Pisang sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzyme yang turut terdapat dalam buah nenas (terutamanya pada bahagian tengah buah). Bromelain adalah enzyme anti-inflamatory semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosterone (hormon sex lelaki).

Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C, yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.
     
2. COKLAT (Dark chocolate)




Coklat sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L- arginine, sejenis amino asid yang yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani.
Menurut sebuah kajian dari The University of Michigan Health System, pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.
L-arginine juga boleh menyebabkan pengembangan salur darah (vasodilation), yang meningkatkan aliran darah pada alat sulit dan seterusnya membantu dalam proses ereksi.

3. BAWANG PUTIH




Bawang putih mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.


4. BUAH DELIMA



Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani, yang menunjukkan sperma kurang berkualiti.
Kajian terbaru yang telah diterbitkan dalam International Journal of Medical Research and Health
Sciences (2013) telah membuktikan merokok boleh meningkatkan tahap MDA dalam air mani dan mengurangkan bilangan sperma.
Sebuah lagi kajian yang telah diterbitkan dalam Clinical Nutrition Journal menunjukkan pengambilan jus delima setiap hari boleh memusnahkan radikal bebas (free radical) dalam badan dan dapat meningkatkan quality sperma.

5. DAGING



Daging mengandungi zat sepeti zink yang membantu menghalang radikal bebas (free radicals) dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosterone dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat.
Menurut Mayoclinic, pengambilan sebanyak 66 mg zink setiap hari dapat meningkatkan bilangan sperma dalam lelaki yang separa subur (subfertile) dan 220 mg sehari dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk dalam kalangan lelaki.

6.  KACANG WALNUT



Selain mengandungi arginine (lihat coklat), kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 (Omega-3 fatty acids) yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah zakar. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain. 

7. BAYAM




Terdapat banyak kandungan falic acid dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilakn sperma yang sihat dah tinggi motilitinya. 

8.  SALAD BUAH


Buah-buahan seperti oren, strawberry, ceri, dan beberapa lagi buah-bauahan yang tinggi kandungan anti-oksidan sangat berkesan dalam meningkatkan bilangan sperma. Dengan pengambilan salad buah, kita dapat menyerap kesemua nutrient yang terdapat dalam buah-buahan tersebut sekaligus. Dengan menjadikan buah-bauahan sebagai sebagai makanan harian, ia boleh menghalang sperma dari dirosakkan oleh radikal bebas. Air mani lelaki yang mengambil sehingga 1000 mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan motility sperma dan seterusnya dapat meningkatkan peluang berlakunya proses persenyawaan. 

9. TELUR
Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, dimana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.
Kesan anti-oksidan vitamin E juga dapat menghalang kesan negative radikal bebas terhadap sel sperma dan telur (ovum). Oleh yang demikian, vitamin E ini dianggap antara nutrient yang terpenting untuk meningkatkan kesuburan.
   
10. AIR KOSONG
Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan minum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan anda sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan, termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara 8 hingga 10 gelas air kosong setiap hari.


Fakta-fakta Menarik Tentang Sperma
TAHUKAH ANDA …?
1) Tahukah anda sperma ‘ditembak’ selaju kira-kira 10 mph dari zakar..
2) Sperma perlu berenang 7 inci dari serviks melalui uterus untuk ke tiub fallopio sebelum mensenyawakan ovum….
3) Sesudah masuk ke rahim, sperma bergerak pada kadar 15 minit bagi setiap 1 inci…
4) Sperma yang paling laju berenang akan tiba di ovum sepantas 45 minit, manakala yang paling slow akan ambil masa sehingga setengah hari.
5) Jika tiada telur didapati selepas hubungan kelamin, sperma akan menunggu sehingga 72 jam..
6) Bagi setiap proses ejakulasi, berjuta-juta sperma dibebaskan, tapi cuma beberapa dozen sahaja yang mampu sampai ke ovum…

SUMBER MAKANAN ASID FOLIK

Salam ibu-ibu...bakal ibu semua..ha...entry saya kali ini, saya nak berkongsi apakah sumber makanan yang mengandungi asid folik..
kenapa kita sebagai ibu/bakal ibu penting ambil asid folik..

Asid folik ni mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecatatan tiub neuron sehingga 70%. Ia juga menyokong sistem saraf sihat, penghasilan hormon dan sel-sel darah merah dan juga penghasilan tenaga..

Nampak x betapa pentingnya asid folik ni..pengambilan sejak awal lg boleh mengelakkan  kecatatan pada bayi..

Meh kita tgk SUMBER MAKANAN asid folik yang saya katakan semasa di awal entry..
♥ bayam
♥ bendi
♥ asparagus
♥ lentil
♥ bijirin yang diperkaya
♥ hati
♥ kacang buah pinggang
♥ biji bunga matahari
♥ bijirin penuh
♥ emping jagung


Friday, 12 December 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Jadual Waktu Sistem Badan
Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Fadilat cium anak..cium suami..cium isteri..

Perkongsian ilmu

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt BAHAGIA SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
****************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...
Klu dah mati bru nk cium dah xda gunanya..

7 Sunnah Hebat-dari Ustaz Don

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita ke pada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, N.sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Peringatan buat saya juga yg masih tidak sempurna.