Apakah PCOS (polycyctic ovarian sindrome)
Suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat kepada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetesan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau PCOS.
Tanda-tanda Penyakit PCOS
1. Tidak subur atau mandul
Kebanyakkan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah bertahun berkahwin dan masih belum dikurniakan cahayamata. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan secara mendadak.
2. Haid tidak teratur
Tanda biasa bagi yang mengalami PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sehingga mencecah 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu menghadapi masalah kegemukan atau 'obes', malah peningkatan berat badan secara mendadak ini akan menyebabkan pusingan haid tidak teratur. Dan tahap kesuburan sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah haid sedikit atau dan berpanjangan
Pesakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya setitis selama 2/3 hari. Ada juga yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sehingga 15/30 hari tanpa berhenti. Wanita hamil seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh rambut
Tumbuh rambut pada kaki, misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit PCOS ini.
Bagaimana nak kesan PCOS?
1. Hyperandrogenism (lebihan hormon lelaki)
2. Oligo dan atau anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan tiada ovulasi)
3. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari mempunyai banyak folikel cyst (> 10) tetapi saiznya kecil kurang dari 10mm.
Set Kesuburan Shaklee untuk Pesakit PCOS
Untuk pesakit PCOS ni, jangan bimbang anda juga masih berpeluang untuk hamil. Tetapi kita hanya berusaha sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa.
Perbezaan dengan set kesuburan biasa ialah Coqhealth & GLA complex. Coqhealth dicadangkan untuk membantu wanita menghasilkan ovum yang lebih matang.
Coqhealth bukan sahaja bagus untuk jantung malah dipercayai mempunyai khasiat untuk membantu pesakit PCOS untuk hamil.
Omega Guard - minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dll.
Bagi wanita, omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyawakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan omega 3 - omega 6 turut dikaitkan dengan PCOS.
No comments:
Post a Comment