Friday, 12 December 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Jadual Waktu Sistem Badan
Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Fadilat cium anak..cium suami..cium isteri..

Perkongsian ilmu

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt BAHAGIA SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
****************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...
Klu dah mati bru nk cium dah xda gunanya..

7 Sunnah Hebat-dari Ustaz Don

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita ke pada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, N.sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Peringatan buat saya juga yg masih tidak sempurna.

Tuesday, 4 November 2014

Kitaran haid seorang wanita


Assalamualaikum..

Ramai yg bertanyakan ttg waktu subur utk seorg wanita slps abis period, meh kita sama2 tgk bila waktu subur kita, supaya lebih cepat kita hamil lepas ni bg yg nk hamil n boleh juga berhati-hati..InsyaAllah.

Bagi yg dh terlepas waktu subur kita cuba bulan depan.jgn putus asa...yg menanti otw waktu subur boleh ready yaa..
.
.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
.
.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Kita perlu memahami fasa ini dulu.
.
.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya kita ingin merancang untuk mengandung. Kita boleh mengagak kitaran period kita berapa hari di dalam sebulan.
.
.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
.
.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
.
.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
.
.
Waktu Terbaik
Setelah kita faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama, suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
.
.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

Contohnya, kitaran haid kita adalah:-
.
28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
.
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
.
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur
.
.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.

Sekiranya haid kita adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur kita. Sekiranya haid kita berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
.
.
Semoga membantu bakal2 ibu semua ..Amin

Monday, 6 October 2014

Kurangkan Lemak dengan Shaklee

Hai..hai...kawan2 hari wawa nk share bagaimana kita nk kurangkan lemak dalam badan..lemak ada yang bagus dan ada yang tidak bagus..jadi kita kena buang lemak yang tidak bagus. Tapi sebelum kita kena kenal dulu apa itu lemak.

LEMAK
Lemak membekalkan tenaga dan asid lemak perlu serta membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Makanan seperti marjerin, mentega,santan dan krim adalah kaya dengan lemak.

Lemak juga boleh didapati daripada susu, hasil tenusu, serta daging berlemak.

Kandungan lemak juga tinggi dalam:
1. Makanan diproses (cth: sosej, burger)
2. Makanan ringan (cth: kerepek, keropok)
3. Makanan segera (cth: ayam goreng, kentang goreng)
4. Salad dressing dan mayonis.

**semua makanan yang kita suka kn**

Ok..kita tengok pula apa KESAN LEMAK TERHADAP KESIHATAN

Lemak dibahagikan kepada 4 jenis:
1. Lemak tepu (cth sumber: lemak daging, susu, krim, minyak kelapa, santan)
2. Lemak mono tak tepu (cth sumber: minyak zaitun, minyak kelapa sawit)
3. Lemak poli tak tepu (cth sumber: minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bijian)
4. Asid lemak trans (cth sumber: minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin dan lelemak atau "shortening")

Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan dab obesiti. Selain itu, pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kolesterol darah dan seterusnya risiko penyakit jantung. Lemak trans dalam marjerin biasa dan makanan yang diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

PANDUAN MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK

▶ Pilih bahagian daging tanpa lemak dan buangkan semua kulit serta lemak yang kelihatan sebelum masak.
▶ Masak dengan menggunakan kualit tanp lekat
▶ Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.
▶ Kurangkan menggoreng makanan yang disalut tepung.
▶ Pelbagaikan cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
▶ Serapkan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
▶ Ubahsuai resepi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gunakan susu tanpa lemak dan rempah asli sebagai ganti.
▶ Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayuran segar.

Ha..dah kenalkan lemak2 yang ada dalam badan kita dengan apa yang kita ambil seharian..So reduce kan lemak. Ada caranya nk reduce kan lemak. Cubalah set kurangkan lemak shaklee.

belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta.

Saturday, 4 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Raya Aidiladha dr wawa sekeluarga..pada yang berada di kampung smoga bergembira disamping keluarga. Pada yang tak balik kampung jangan bersedih..masih boleh beraya juga kan..smoga kita gembira di atas rahmat yang Allah swt kurniaankan pada kita.

Di sini wawa ingin Mohon maaf di atas segalanya, kerana ada ketikanya MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf mentafsir, & HATI silap menduga. 

Kepada yang bakal menjalani ibadah qurban, selamat untuk semua. Semoga amalan qurban kita diterima Allah. Aminn.

Monday, 22 September 2014

Apakah Yang Dikatakan Endometriosis?

Hari ini saya nk cerita lagi, apakah yang sering dialami oleh kaum wanita. Kita sebagai wanita harus mengetahui punca bagaimana terjadinya sesuatu penyakit samaada luaran atau dalaman. Kadang-kadang kita hanya mengambil remeh saja apa yang berlaku pada diri kita.

Tanda yang paling utama sekali atau yang sering terjadi dikalangan wanita ialah senggugut atau kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak hilang selepas berkahwin. Ada sesetengah hilang sekejap selepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum kedatangan haid yang biasanya merasa kesakitan yang amat kuat pada ari-ari dan sering juga di bahagian pinggang. Biasanya rasa sakit akan hilang selepas 2@3 hari, tetapi jika keadaan di mana endometriosis  ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan semasa haid dan akan merasa sakit walaupun haid sudah berhenti. Ini menandakan bahawa penyakit tersebut berada di peringkat yang teruk atau mungkin juga telah melibatkan kerosakan pada dinding dan otot rahim.

Gangguan lain yang akan diterima juga ialah ketidaksuburan atau kemandulan. Ini adalah masalah besar bagi pengidap penyakit endometriosis.

Para wanita tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi. Yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samaada buat pertama kali atau selepas kelahiran anak pertama atau mereka tidak dapat hamil lagi setelah beberapa tahun kemudian.

Apa yang biasa dilakukan kepada pesakit yang disyaki mempunyai tanda-tanda endometriosis, mereka akan menjalani pemeriksaan ultrasound melalui bahagian kemaluan. Dari situ doktor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan apabila di bahagian dalam ditekan dengan jari, bahagian belakang rahimnya akan merasa sakit.

Ujian ultrasound melalui faraj ini juga adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan pertumbuhan cyst pada bahagian kilang telur.

Saturday, 20 September 2014

PESAKIT PCOS BOLEH HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Apakah PCOS (polycyctic ovarian sindrome)

Suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat kepada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetesan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.

Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau PCOS.

Tanda-tanda Penyakit PCOS

1. Tidak subur atau mandul
Kebanyakkan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah bertahun berkahwin dan masih belum dikurniakan cahayamata. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan secara mendadak.

2. Haid tidak teratur
Tanda biasa bagi yang mengalami PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sehingga mencecah 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita sampai setahun tidak datang haid.

3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu menghadapi masalah kegemukan atau 'obes', malah peningkatan berat badan secara mendadak ini akan menyebabkan pusingan haid tidak teratur. Dan tahap kesuburan sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.

4. Darah haid sedikit atau dan berpanjangan
Pesakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya setitis selama 2/3 hari. Ada juga yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sehingga 15/30 hari tanpa berhenti. Wanita hamil seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.

5. Tumbuh rambut
Tumbuh rambut pada kaki, misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit PCOS ini.

Bagaimana nak kesan PCOS?
1. Hyperandrogenism (lebihan hormon lelaki)
2. Oligo dan atau anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan tiada ovulasi)
3. Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari mempunyai banyak folikel cyst (> 10) tetapi saiznya kecil kurang dari 10mm.

Set Kesuburan Shaklee untuk Pesakit PCOS

Untuk pesakit PCOS ni,  jangan bimbang anda juga masih berpeluang untuk hamil. Tetapi kita hanya berusaha sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah Yang Maha Berkuasa.

Perbezaan dengan set kesuburan biasa ialah Coqhealth & GLA complex. Coqhealth dicadangkan untuk membantu wanita menghasilkan ovum yang lebih matang.

Coqhealth bukan sahaja bagus untuk jantung malah dipercayai mempunyai khasiat untuk membantu pesakit PCOS untuk hamil.

Omega Guard - minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuklah EPA, DHA, ALA dll.

Bagi wanita, omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyawakan dapat melekat dengan sempurna. Kekurangan omega 3 - omega 6 turut dikaitkan dengan PCOS.

Wednesday, 17 September 2014

Berapa biji Alfalfa Complex yang harus saya makan?

Seringkali ada yang mengeluh yang mereka ni dah makan Alfalfa tapi tak jadi apa2 pun..xda perubahan..contohnya makan untuk resdung tapi resdung tak hilang-hilang pun. Ada juga yang cakap, makan Alfalfa 4biji sehari untuk keputihan tapi keputihan tak hilang pun. Dah tu camna boleh cakap yang Alfalfa ni bagus untuk resdung? Bagus untuk keputihan sedangkan makan hari-hari takda kesan pun?
Ingin ditegaskan yang Alfalfa adalah supplemen dan kita disarankan mengamalkan pengambilan supplemen secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian. Selain tu, sel kita hidup antara 90-120 hari. Alfalfa juga adalah sejenis herba yang mana akan memberikan kita efeks badan terasa panas. Disebabkan tu la, ibu dalam berpantang harus monitor keadaan bayi mereka sebelum mengambil Alfalfa. Ini kerana takut bayi akan cirit birit. Pengambilan alfalfa bukan hanya kita yang mengambilnya sahaja dapat khasiat. Malah bagi ibu yang menyusu, khasiatnya juga akan diserap kpd bayi iaitu melalui penyusuan. Sebab itu najis bayi dipantau.





Untuk individu yang ingin berdiet, ada pengedar yang rekomen mengambil 10biji Alfalfa Complex sehari. Benar Alfalfa Complex adalah fiber yang mampu memberikan rasa kenyang tetapi kesannya jika kurang minum air, individu tersebut akan mengalami sembelit, healing crisis. Malah ada yang hampir pitam. Boleh ambil 10biji Alfalfa Complex sehari, dengan syarat anda harus minum 2-3 liter air sehari. Ada customer saya mula mengambil 10biji tablet tersebut selepas setahun mengambil dos 3-5biji dan kemudian baru lah 10biji(jumlah maksimum).
Begitu juga dengan keputihan dan resdung. Jangan fanatik ingin menyelesaikan masalah kesihatan dengan cepat. Cuba ambil tablet Alfalfa Complex secara minimum terlebih dahulu. Sebagai permulaan, 3 biji sehari adalah percubaan minimum untuk diambil. Bersederhana itu lebih baik. Dah stabil boleh minum 3 liter air sehari, sila lah ambil 10biji sehari ye.

Sama juga dengan ubat..apa2 ubat, bukan akan baik serta-merta..cuma ia akan mengurangkan rasa kesakitan.



** produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit**

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puan Azwa, HP: 0193438941 / 01123451568
Shaklee ID: 1110723
Boleh juga tinjau2 di FB saya: Cahaya Suami Isteri
Page: My Super Vita's

atau boleh juga comment di sini..saya akan reply juga.. :-)

APAKAH KEBAIKAN MAKAN ALFALFA

Kebaikkan Memakan Alfalfa
1. Kaya dengan vitamin dan mineral
Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang. 
Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan.
2. Alfalfa bermanfaat dalam penyerapan protien, dan karbohidrat.
3. Alfalfa juga bertindak sebagai pembersih darah.


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan

1.    Merawat gangguan pencernaan.
2.    Mengawal kolestrol dalam darah.
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh.
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah.
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan.
7.    Mengurangkan simptom menopous.
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan.
9.    Merawat masalah sembelit.
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh.
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi.
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
13.  Membantu masalah penghadaman.
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu.
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing.
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati.
17.  Meningkatkan kesihatan prostat.
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita.
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri.
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki.


Keistimewaan Alfalfa Shaklee
1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang).
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia.
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji.
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi.
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit.
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
7.  Membersihkan hati.
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang.





** produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit**

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:
Puan Azwa, HP: 0193438941 / 01123451568
Shaklee ID: 1110723
Boleh juga tinjau2 di FB saya: Cahaya Suami Isteri
Page: My Super Vita's

atau boleh juga comment di sini..saya akan reply juga.. :-)

Thursday, 11 September 2014

SET KESUBURAN WANITA & LELAKI

SET KESUBURAN UNTUK SUAMI DAN ISTERI

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga mesti mengimpikan keluarga yang bahagia..tambahan dengan kehadiran anak kecil menambahkan lagi suasana ceria di rumah..tp x semua pasangan yang telah berkahwin terus dikurniakan cahaya mata..seperti yang aku lalui..setelah 4 tahun berusaha..alhamdulillah dengan berkat doa dikurniakan cahaya mata..penyeri rumahtangga kami.

yang penting kita hanya perlu berusaha dan berusaha..

rindu tangisan bayi..mari cuba set kesuburan dari shaklee..

utk suami
* vita-e complex
* zinc complex

utk isteri
* gla complex
* alfalfa complex

utk kongsi bersama suami & isteri
* vita-lea
* b-complex
*vita-c @ esp

meh kenali lebih rapat lg supplements di atas↑
♥vita-c
bantu proses sintesis hormon2 kritikal seks & kesuburan

♥vita-lea
vitamin lengkap & ianya keperluan badan

♥b-complex
memberi tenaga & perasaan jadi tenang

♥alfalfa
dapat elak sakit ketika bersama,
haid jadi teratur, elak senggugut
bertindak sebagai kacip fatimah

♥esp
memudahkan proses persenyawaan & perlekatan telur

♥gla complex
membantu sperma berenang terus ke uterus-tiub fallopio-ovum,
sperma hidup lebih lama - 5 hari dalam tiub fallopio yg mana membantu persenyawaan

♥ zinc complex
membantu kekalkan jumlah air mani,
beri tenaga utk sperma lebih aktif utk ke ovum,
kekalkan keinginan seksual yg tinggi & menghasilkan sperma yg sihat

♥vita-e complex
vitamin seks, tingkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita

♡♡ Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

ATASI MASALAH GOUT DENGAN PENGAMBILAN SET GOUT SHAKLEE

Apakah Penyakit Gout?

Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya

Apakah punca Gout?

Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya sebab faktor genetik (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.

Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.

Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam. Hablur ni lah yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.

Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine boleh mencetuskan Gout. Pemecahan purine dalam makanan ni lah yang menyebabkan gout sebab purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.

Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit Gout 

Antara makanan-makanan lain yang mendatangkan risiko penyakit Gout adalah seperti rajah dibawah:

Cara mengatasi Gout?

Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya;

¤ Mengamalkan diet rendah purine.
¤ Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis.
(Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik)
¤ Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik
¤ Kawal berat badan 
¤ Bersenam

VIVIX - Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel

ALFAFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox

OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit

PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.

Thursday, 4 September 2014

OVARIAN CYST

Menurut kata Dr. Zubaidi Ahmad ovarian cyst tu bukan penyakit.Ovarian cyst ini selalunya dihadapi oleh wanita muda. Dan selalunya, kehadiran cyst ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu. Ianya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound atau pelvic secara rutin dilakukan.

Secara amnya, setiap kali kitar haid, organ ovari akan mengelembung dinamakan ovarian follikel. Ianya mengandungi ovum dan apabila ovum dikeluarkan, sepatutnya ovari akan mengecut, tetapi sesetengah akan membesar melebihi 2cm. Ini dikenali sebagai cyst.

95% ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya tetapi adakalanya id bole mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, merasa letih, masalah ketidak kesuburan dan sakit kepala.

Tetapi jika kita x sedar akan kehadiran cyst ini.Ia boleh membawa kemudaratan pd diri.gambar adalah contoh cyst yg telah membesar..

Wednesday, 13 August 2014

SET KOMBO ESP MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH PENYAKIT

SET KOMBO ESP

salam semua..ha...harini nk tmbah ckit pasal ESP..bukan nk cerita apa pun..cuma nk kongsi gabungan ESP dgn supplement shaklee yg lain..

➀ ESP + ALFALFA menganjalkan payudara / “milkbooster” utk ibu2 menyusukan anak

➁ ESP + VITALEA meningkatkan Hb (molekul protein dalam sel darah merah) semasa hamil. Membekalkan kesihatan optimum untuk wanita hamil. 

➂ ESP + LECITHIN mengembalikan bentuk badan selepas bersalin 

➃ ESP + OMEGAGUARD mengurangkan risiko keguguran / bayi pra-matang. Menguatkan rahim yang lemah

➄ ESP + VITA-C menjadikan kulit bertambah cantik & cerah
 
➅ ESP + ZINK mempercepatkan penyembuhan luka bersalin samada secara normal@pembedahan. Mengelakkan rambut gugur

➆ ESP + OSTEMATRIX mengurangkan sakit kepala/migrain/pening2. Mengurangkan jaundis bagi bayi yang menyusu badan. Membekalkan sumber kalsium kepada ibu2 yang menyusukan anak

➇ ESP + GLA meningkatkan kesuburan bagi yang berikhtiar untuk hamil

➈ ESP + PERFORMANCE DRINK mengurangkan dehidrasi. Meningkatkan tenaga semasa berpuasa dengan mengelakkan rasa haus yang melampau. Sesuai untuk yang kuat bersukan.

➉ ESP + MEALSHAKES membekalkan tenaga yang berpanjangan terutama ketika berpuasa bagi ibu2 yang hamil & menyusukan anak.

Ini semua baru sebahagian..jika anda ada masalah..jangan malu..jangan segan..bagi tahu saya..kita sama2 cari jln penyelesaiannya.

pm wawa: 01123451568
fb: cahaya suami isteri
page/instagram: my super vita

atau boleh tinggalkan comment di sini.

Tuesday, 12 August 2014

ANDA MENGALAMI KEBAS-KEBAS?

Supplement Shaklee Terbaik untuk Kebas Anggota seperti Kaki dan Tangan!

Siapa tak pernah kebas? kebas..yang rasa dia macam semut2 tu..Ada ke yang tak pernah rasa kebas..kalu ada cam tak caya je..hehe..cer citer kt cni..

Ok, pada umumnya semua tahu kan apa itu kebas dan pernah rasa masalah kebas ini. Merujuk kepada Portal MyHealth KKM, kebas adalah keadaan apabila seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Kebas boleh terjadi di mana-mana bahagian anggota badan manusia dan kerap terjadi di tangan, kaki, lengan, hujung jari dan tapak tangan.

Faktor-faktor berlakunya kebas selalunya disebabkan oleh kerosakan saraf akibat merokok dan minum arak, aktiviti berulang seperti menaip, kekurangan vitamin terutamanya vitamin B12, kalsium, gaot, strok, diabetis, penyakit jantung, stress, ibu hamil dan obesiti.

Jangan pandang ringan bila ada rasa kebas atau semut-semut terutamanya di jari, tangan dan kaki kerana mungkin ia tanda atau simptom yang anda berisiko menghidapi sesuatu penyakit seperti angin ahmar atau strok.

Semestinya masalah kebas ni akan mengganggu aktiviti seharian maka jom ambil langkah-langkah yang betul supaya masalah ini dapat di elak dan di atasi.

~Banyakkan bersenam
~Banyak mengambil serat dan pemakanan yang sihat
~Berhenti merokok
~Berhenti minum arak
~Mengambil Supplemen

Meh kita tgk cadangan vitamin Shaklee yang boleh membantu masalah kebas anda:

♥B-Complex - membantu merawat sistem saraf dan sel darah merah serta mengurangkan stress

♥Omega Guard - bersifat anti radang pada sendi dan saraf

♥Alfalfa Complex - merendahkan kolestrol sera memberi kelegaan sendi dan belakang

♥Ostematrix- sumber kalsium yang hebat serta membantu pengecutan otot dan saraf

Friday, 11 July 2014

STROK

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus secara tiba-tiba. Otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Maka, jika bekalan darah tersebut terputus, sel-sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok ini dipanggil sebagai ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.  

STROK ISKEMIA

Strok Iskemia berlaku apabila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak yang menyebabkan saluran tersebut tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan yang tertentu. Dalam sesetengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk di dalam saluran darah otak itu sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam sebahagian kes-kes strok iskemia yang lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan kemudian darah beku itu bergerak ke otak dan seterusnya menyumbat saluran darah otak.

STROK HSEMORAGIK

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak yang lemah atau rosak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

PENDARAHAN INTRACEREBRAL

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. Kemudian darah mengalir keluar ke dalam otak. Perkara ini menyebabkan bekalan darah ke sel-sel otak terputus dan ini seterusnya menyebabkan sel-sel otak tersebut akan rosak ataupun mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

PENDARAHAN SUBARACHNOID

Pendarahan Subarachnoid pula berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut kebiasaannya diisi oleh cecair otak yang dipanggil sebagai cecair cerebrospinal. Setiap satu strok daripada 20 kes adalah disebabkan oleh pendarahan jenis ini.

Strok Di Malaysia

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang penyakit strok. Setiap tahun dianggarkan terdapat 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Malah, di Malaysia penyakit strok ini adalah punca kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Namun, majoriti pesakit strok adalah orang dewasa.

PUNCA-PUNCA STROK

Punca-punca yang berisiko tinggi untuk berlakunya strok terbahagi kepada dua. Risiko yang tidak boleh diubah dan risiko-risiko yang boleh diubah.

Risiko yang tidak boleh diubah adalah:
Umur – Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda selepas umur 55 tahun

Genetik – Risiko untuk serangan strok adalah lebih tinggi jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat seperti ayah, nenek atau adik pernah mengalami serangan strok

Jantina – lebih ramai kaum lelaki yang diserang strok berbanding dengan kaum wanita. Namun, lebih ramai kaum wanita yang meninggal dunia akibat daripada serangan strok berbanding dengan kaum lelaki.

Sejarah serangan jantung atau strok – Risiko bagi mereka yang pernah mengalami strok atau serangan jantung adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengalami masalah tersebut
 
Risiko yang boleh diubah adalah seperti berikut:
Tekanan darah tinggi – Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selalunya tidak ada sebarang simptom. Maka, adalah penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah.

Merokok – Berhenti merokok boleh menurunkan risiko serangan strok serta-merta.

Kencing manis – Penyakit ini meninggikan risiko serangan strok.

Kolesterol – Saluran darah boleh tersumbat akibat daripada kolesterol di dalam badan. Maka, boleh mengganggu bekalan darah ke otak dan menyebabkan strok.

Obesiti – Risiko strok adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang obese berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.
 
SIMPTOM-SIMPTOM SERANGAN ANGIN AHMAR

Setiap fungsi tubuh badan kita yang berbeza dikawal oleh bahagian-bahagian otak yang berbeza juga. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak mana yang terjejas dan saiz kawasan otak yang rosak.

Simptom-simptom ini berlaku secara tiba-tiba dan selalunya melibatkan satu atau lebih simptom yang berikut:

▶ Tangan dan kaki lemah atau lumpuh sepenuhnya
▶ Sebelah muka menjadi lemah.

▶ Air liur akan sentiasa meleleh tanpa kawalan.

▶ Masalah dengan kestabilan dan koordinasi badan, percakapan, penglihatan atau sukar untuk menelan.

▶ Rasa pening atau sakit kepala.
▶ Kebas-kebas di sebahagian daripada badan.

▶ Pengsan atau menjadi keliru
 

KESAN JANGKA PANJANG SERANGAN STROK

Jenis dan kadar kelumpuhan yang disebabkan oleh serangan strok adalah berbeza-berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan kematian.

Jenis-jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
Sebelah badan lemah - Ini akan menyebabkan masalah untuk berjalan jika melibatkan kaki atau masalah untuk menggunakan tangan.

▶ Masalah kestabilan dan koordinasi badan.

Masalah menelan - Ini merupakan masalah yang sangat biasa berlaku dan juga boleh menjadi sangat merbahaya dalam sesetengah kes. Makanan yang ditelan boleh turun ke saluran pernafasan dan bukannya saluran makanan di tekak apabila makan. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit tercekik dan seterusnya pesakit sukar untuk bernafas. Jika masalah menelan ini sangat serius, makanan dan minuman terpaksa disalurkan melalui tiub terus ke perut.

Masalah percakapan dan komunikasi - Pesakit mungkin akan susah untuk bercakap dengan lancar kerana sukar mencari perkataan yang sesuai semasa bercakap atau langsung tidak boleh bertutur. Malah, keupayaan untuk memahami percakapan orang lain, membaca atau menulis turut terjejas.

Masalah penglihatan – Jika bahagian otak yang melibatkan keupayaan melihat telah terjejas, pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan berganda (double vision).

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh-contoh apa yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok adalah berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit. Dalam minggu-minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak, akan berkurangan. Masa itu sebahagian daripada simptom mungkin akan berkurang ataupun hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi yang sesuai, keadaan pesakit mungkin akan bertambah baik.

Rawatan Moden Untuk Strok

Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan juga rawatan rehabilitasi atau “physiotherapy” selepas pesakit strok sudah stabil.

Setiap pesakit strok yang didapati mengalami simptom-simptom awal serangan strok, harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin. Rawatan yang segera adalah sangat penting untuk mengelak keadaan bertambah teruk yang boleh menyebabkan kematian. Malah, rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kadar kerosakan otak dan ini boleh meningkatkan kadar kesembuhan yang tinggi. Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubat-ubatan dan/atau pembedahan yang akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi akan dilakukan selepas pesakit sudah stabil. Rehabilitasi bertujuan untuk membantu pesakit untuk mendapat kekuatan fizikal semula, mengembalikan keupayaan fungsi-fungsi badan dan untuk membolehkan pesakit untuk berdikari seperti sebelum serangan strok. Malah, rehabilitasi ini turut bertujuan untuk mengembalikan keyakinan diri kepada pesakit strok untuk kurang bergantung kepada orang lain urusan harian.

Rawatan Strok Menggunakan Al-Quran

Ayat-ayat al-Quran turut memiliki mukjizat untuk membantu dalam penyembuhan penyakit strok ini. Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah contohnya yang telah mengubati pesakit-pesakit strok, ramai yang sudah mengalami perubahan yang sangat positif selepas menerapkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.  

Selain itu, mereka turut mendapati ada unsur-unsur gangguan makhluk halus yang boleh menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit-pesakit mereka. Ada sejenis jin yang digelar Jin Ahmar yang boleh masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran-saluran darah dalam otak pesakit yang menyebabkan pendarahan berlaku dan mengakibatkan pesakit itu mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan oleh pendarahan dalam otak, tetapi kadangkala sukar untuk menerangkan punca pesakit itu mendapat strok.  Kita selalu mendengar pesakit yang berusia muda, tidak ada sejarah dalam keluarga yang pernah mendapat strok, sihat tubuh badan, tidak ada penyakit darah tinggi atau kencing manis, tetapi mendapat penyakit strok.  Dalam kes-kes demikian selalunya mereka ini diganggu oleh Jin Ahmar, dan jin-jin ini perlu dikeluarkan daripada badan pesakit  sebelum rawatan selanjutnya diberi.
    
Maka, setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jikalau ada sebarang gangguan makhluk Jin Ahmar di dalam badan mereka.  Selalunya jin-jin Ahmar ini akan berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. 
Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan keizinan Allah swt akan mengeluarkan jin-jin Ahmar ini sekiranya ada, dan seterusnya memberikan ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah swt untuk memohon penyembuhan. Inshallah dengan keizinan Allah swt, ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh pesakit ini dapat merangsang atau “stimulate” sel-sel otak yang rosak akibat strok untuk berfungsi semula.  

Ayat-ayat tersebut adalah:
▶ Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
▶ Surah An-Nahli  ayat 81 hingga 89
▶ Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
▶ Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Israa’ tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Pesakit haruslah ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanyalah dengan izin daripada Allah swt. Oleh itu, kita janganlah berputus asa dan sentiasalah berdoa kepada Allah swt.

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”- Surah Yusuf : 12

“Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman.” - Surah Yunus : 57

Maka, bacalah surat istimewa daripada Allah swt kepada hamba-hambaNya pada setiap hari. Jadikan amalan ini sebagai rutin dan semoga kita semua mendapat keberkatan.  

Thursday, 10 July 2014

NAK JADI AHLI SHAKLEE TAK??

Nak jadi ahli shaklee x..sbb apa tau..bila kita jd ahli, kita bleh bli dengan harga yg lebih murah..bukan itu aja..point pun dpt..bila cukup point kita akan dpt cash back..pstu..kalu kita jual dgn customer kita akan peroleh keuntungan juga.. sbb kita jual dgn customer harga retail..ha...byk x cash back yg kita dpt..cuba bayangkan...hihi BEST KAN???

SO TUNGGU APA LAGI...MEH2 JOM JOIN SHAKLEE..

1. Yuran murah je...hanya RM75 seumur hidup.

2. Tapi kalu nk free membership..kita kna buat belian..lebih kurang RM650 bersamaan point 200uv.

3. Bimbingan percuma 100% SECARA ONLINE...so tak payah pening-pening dok risau kalau rasa zero knowledge dalam online bisness

4. Bekerja sepenuhnya di rumah...tak meeting sampai larut malam, tak perlu tinggalkan family, buang masa dan buang duit. Sambil lipat baju pun bleh berbisnes.

5. Kita x perlu simpan stok yang perlukan modal beribu-ribu. Kalu ada customer order baru kita order dgn Shaklee..tp kalu nk ada stok kt rumah itu terpulang pada diri kita..kita hanya perlu BERMODALKAN MINAT DAN KEINGINAN.

6. Unlimited income, kita yg pilih nak 4,5,6 angka. Semuanya terletak di tangan kita.

7. X perlu risau tentang syarikat. Sebab syarikat merupakan syarikat yang KUKUH sudah lebih 50 tahun di pasaran.Jaminan Shaklee dengan produk supplement berkualiti yang menjalani beribu ujian dan kajian sebelum dipasarkan.Perbezaan Shaklee adalah mementingkan slogan "SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI".

8. So sangat sesuai lah buat mereka yang ingin menjana pendapatan di luar jangkaan.KONSEP DLM BIZ INI ADALAH MUDAH. Berkongsi pengalaman sendiri dengan mereka yang memerlukan.
SENANG JE KAN???

So macam mana..berminat??
Hubungi saya.
Paling senang sekarang semuanya di hujung jari kita.
♥SMS/WHATSAPP 01123451568
♥LIKE PAGE saya.. my super vita's
♥Atau boleh tinggalkan komen anda di sini

Tuesday, 8 July 2014

Rahsia Kehebatan VIVIX Shaklee

Rahsia??Rahsia apa yang ada pada Vivix Shaklee ni?Apa yang hebat sangat...Nak tahu..teruskan scroll smpai bawah ye..kita tengok apakah Rahsia Kehebatan yang ada pada Vivix Shaklee...yang pastiiii...anda akan teruja..

Vivix shaklee mengandungi kandungan bahan botanikal yang semulajadi. Ia diadun dengan 4 tumbuhan utama iaitu ANGGUR MUSADINE, PURPLE CARROT, ELDERBERY dan POLYGONUM CUSPIDATUM.

Mari kita tengok dengan lebih dekat 4 tumbuhan utama ini.







ANGGUR MUSCADINE




Anggur Muscadine (anggur muskat) bukan sebarang anggur, ia merupakan satu-satunya anggur yang mempunyai lebih daripada satu kromosom yang bermanfaat untuk kesihatan. Anggur ini mempunyai ciri-ciri untuk menghentikan bahan kimia yang menjadi penyebab kanser, juga sebagai anti-virus dan anti-bakteria.

Anggur Muscadine dan bijinya adalah salah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri anti-radang. Jika dibandingkan dengan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.


ELDERBERRY / SAMBUCUS NIGRA



Berry yang bertaraf PREMIUM HIGH CLASS kalau dalam salasilah keluarga berry. Elderberry merupakan buah yang popular dab telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Antara manfaat lain yang sangat penting dari jus elderberry adalah:

  • Kemampuannya untuk mencegah dan mengubati kanser, fakta ini dikaitkan dengan antioksidan yang terkandung di dalamnya.
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta sangat membantu dalam mengubati penyakit AIDS dan kanser.
  • Berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol untuk mencegah penyakit jantung.
  • Membantu mengatasi dan merawat masalah diabetis
  • Meningkatkan kesihatan jantung dan ginjal.


PURPLE CARROT

Purple Carrot ialah tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun lalu. Ia lebih pahit dan keras berbanding lobak moden yang lebih juicy . 

Dahulu, , hampir kesemua lobak yang ditanam berwarna ungu. Sehinggalah lewat kurun ke-16, penanam dari Belanda memutasikan lobak ungu kepada lobak oren sempena kegilaan terhadap warna oren yg sinonim dengan pemerintahan raja belanda ketika itu William of Orange.



Purple Carrot adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytochemical termasuklah carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi  anthocyanins, antioksidan yang mustajap. Anthocyanins bertindak sebagai anti-radang, anti-mikrob dan anti-carcinogen yang berupaya untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

Asid klorogenik adalah anti oksidan paling banyak dalam semua carrot termasuklah Purple Carrot. Ia bertanggungjawab mengurangkan risiko penyakit diabetes.


POLYGONUM CUSPIDATUM (KNOTWEED JEPUN)

Sejenis tumbuhan perenial yang besar berasal dari asia, ia juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Knotweed Jepun adalah sumber komersil Resveratrol.


Polygonum Cuspidatum banyak manfaat kepada kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplement anti penuaan. Kesimpulan dari ujian demi ujian menunjukkan resveratrol di dalamnya membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


Ha...apa pendapat anda dengan 4 bahan semulajadi ni...masing-masing mempunyai peranan yang hebat...

Anda ingin memilik/merasai kehebatan Vivix..?? Hubungi saya sekarang..sebab sekarang tgh promosi..Hanya pada bulan ni ja tau..



Sunday, 6 July 2014

VIVIX


Assalam suma...ha...hari ni Wawa nak kongsi satu produk yang hebat dr Shaklee. Apa dia tu??
Ha..VIVIX..nak tau apa tu VIVIX..Kenapa dikatakan hebat..kenapa bagus untuk mak dan ayah kita terutamanya..

meh cni tgk dengan lebih dekat lagi..sempena bulan JULAI ni..ada promosi tau..





VIVIX dikenali sebagai tonik Anti Penuaan, tapi sebenarnya ia jauh lebih hebat dari itu. Bukan semata-mata nak jadi penampilan kita awet muda ja...tapi VIVI bertindak lebih spesifik kepada mengekalkan kesihatan dan keremajaan DNA dan sel-sel badan kita. Oleh itu, jika mereka yang tidak berpenyakit, akan memastikan sel tubuh kita sihat dan kuat untuk melawan penyakit/jangkitan. 

VIVIX alah satu tonik botanikal yang semulajadi, ia diadun dari 4 tumbuhan utama iaitu ANGGUR MUSADINE, PURPLE CARROT, ELDERBERY dan POLYGONUM CUSPIDATUM. Tiada kesan sampingan, selamat, semulajadi dan berkesan.

Bagi mereka yang telah dihidapi penyakit tertentu atau ada masalah kesihatan tertentu, VIVIX akan membantu pemulihan dengan lebih cepat dan berkesan.

Jadi untuk warga emas, memang sangat bagus kerana VIVIX dapat melambatkan proses penuaan yang sedang mereka hadapi dan mengelakkan dari masalah kesihatan yang teruk. Usia yang tua mungkin lumrah buat mereka untuk mendapat penyakit tertentu, tapi kita harap kesakitan yang mereka hadapi tidak terlalu kritikal sehingga mereka terlantar menderita sakit.





Secara umumnya, apa yang perlu kita tahu ialah di usia emas ibu dan ayah kita amat memerlukan perkara seperti di bawah:-

1. Keperluan nutrisi, perlindungan imunisasi dan tenaga kepada tubuh di usia lanjut.

2. Tubuh yang dibekalkan nutrisi yang baik akan menyihatkan sel badan untuk berfungsi dengan lebih cekap.    Oleh itu ia dapat membantu penyerapan, penyembuhan dan keberkesanan ubatan yabg diambil.

3. Untuk mengurangkan  kesan sampingan yang mungkin dialami semasa tempoh rawatan seperti lemah          badan, kurang selera makan, mengantuk, naik atau turun berat badan badan secara mendadak dan 
   sebagainya.

Kenapa VIVIX terbaik untuk ibu ayah kita??

1. Hanya minum 1 sudu VIVIX sekali sehari, tidak perlu pil atau kapsul yang pelbagai jenis.

2. Tonik ajaib yang berkesan untuk mencegah dan mengurangkan komplikasi akibat masalah kesihatan yang 
    sering menimpa warga emas seperti:-
@ Darah Tinggi
@ Strok
@ Kencing Manis
@ Sakit Sendi, Arthiritis atau Gout
@ Alzhemeir (Nyanyuk)
@ Kanser
@ Sakit Jantung
@ Masalah Penglihatan
@ Memberi tenaga yang berterusan

3. Tiada kesan sampingan dengan ubatan dan rawatan hospital.

4. Keberkesanan telah terbukti kepada pengguna sejak penggunaan sebotol yang pertama.

5. Tonik yang sedap, masam masam manis - 1 botol 150ml boleh tahan 1-1 1/2 bulan.



Ha...nampak x kehebatan VIVIX ni...so tunggu apa lg...sayang ibu sayang ayah...

Sunday, 8 June 2014

Kenali GMO






Tahu tak apa itu GMO? Nampak macam tak penting kan? GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai “ Genetic Engineering” (GE).

Dulu-dulu saya tidak pernah ambil tahu tentang apa itu makanan-makanan yang GMO ataupun NON GMO. Tetapi, sejak join Shaklee, sejak mengamalkan ESP, banyak ilmu berkaitan kesihatan yang saya pelajari. Sebab tu sejak menjadi ahli Shaklee ni, bukan hanya sekadar jadi pengedar semata-mata. Tetapi, banyak ilmu yang diperolehi dari segi pemakanan yang sihat dan selamat. 



GMO (genetically modified organism)

GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat atau ciri-ciri yang dikehendaki.






NON GMO (genetically modified organism)

NON GMO pula ialah bahan yang tidak di ubah secara genetik atau bahasa mudahnya adalah bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kima dan ia tidak memudaratkan bila kita makan makanan yang NON GMO ini.





ESP Shaklee adalah salah satu produk soya NON-GMO




ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran, boleh kata produk soy protein yang berkualiti tinggi sahaja yang memasukkan asid amino dalam formula soy protein mereka.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP 
  • Rendah lemak 
  • Bebas laktosa
  • Tanpa kolesterol
  • Mengandungi 5 vitamin B penting
  • Separuh daripada keperluan kalsium harian
  • Soya isoflavones.

Saturday, 7 June 2014

ESP-Energizing Soy Protein

Salam semua...ha...hari ni saya nk kongsi, nak cerita apa tu ESP..ala..sekarang sebut ja ESP Shaklee mesti org dh kenal kan..ESP atau nama full dia Energizing Soy Protein. Ia merupakan protein bukan-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino perlu.

Serbuk ESP shaklee ni merupakan sumber protein soya terbaik. Ia menyediakan 14gram Protein soya bukan GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh kita perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur & tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.