Friday, 12 December 2014

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Jadual Waktu Sistem Badan
Manusia!

Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am 
Paru-paru – Ini adalah waktu
terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

7:00 am – 9:00 am
Perut - Sarapan patut diambil
dalam tempoh masa ini.

9:00 am – 11:00 am
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.

Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan
diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

Petang
1:00 pm – 3:00 pm
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.

3:00 pm – 5:00 pm
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.

5:00 pm – 7:00 pm
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.

11:00 pm – 1:00 am
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.

Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia.

Fadilat cium anak..cium suami..cium isteri..

Perkongsian ilmu

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt BAHAGIA SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium ANAK
*******************
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium SUAMI
********************
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Cium ISTERI
********************
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya:
****************
Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @ mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota:
---------------------
Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri...
Klu dah mati bru nk cium dah xda gunanya..

7 Sunnah Hebat-dari Ustaz Don

7 Sunnah Hebat

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita ke pada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, N.sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Peringatan buat saya juga yg masih tidak sempurna.