Assalamualaikum..
Ramai yg bertanyakan ttg waktu subur utk seorg wanita slps abis period, meh kita sama2 tgk bila waktu subur kita, supaya lebih cepat kita hamil lepas ni bg yg nk hamil n boleh juga berhati-hati..InsyaAllah.
Bagi yg dh terlepas waktu subur kita cuba bulan depan.jgn putus asa...yg menanti otw waktu subur boleh ready yaa..
.
.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
.
.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Kita perlu memahami fasa ini dulu.
.
.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya kita ingin merancang untuk mengandung. Kita boleh mengagak kitaran period kita berapa hari di dalam sebulan.
.
.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
.
.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.
.
.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.
.
.
Waktu Terbaik
Setelah kita faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama, suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
.
.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
Contohnya, kitaran haid kita adalah:-
.
28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur
.
30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur
.
35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur
.
.
Ini adalah kerana fasa luteal mengikut kiraan kebiasaannya berlaku selama tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama haid yang seterusnya.
Sekiranya haid kita adalah tetap 28 hari, tidak jadi masalah untuk mengira waktu subur kita. Sekiranya haid kita berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
.
.
Semoga membantu bakal2 ibu semua ..Amin