Monday, 6 October 2014

Kurangkan Lemak dengan Shaklee

Hai..hai...kawan2 hari wawa nk share bagaimana kita nk kurangkan lemak dalam badan..lemak ada yang bagus dan ada yang tidak bagus..jadi kita kena buang lemak yang tidak bagus. Tapi sebelum kita kena kenal dulu apa itu lemak.

LEMAK
Lemak membekalkan tenaga dan asid lemak perlu serta membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K. Makanan seperti marjerin, mentega,santan dan krim adalah kaya dengan lemak.

Lemak juga boleh didapati daripada susu, hasil tenusu, serta daging berlemak.

Kandungan lemak juga tinggi dalam:
1. Makanan diproses (cth: sosej, burger)
2. Makanan ringan (cth: kerepek, keropok)
3. Makanan segera (cth: ayam goreng, kentang goreng)
4. Salad dressing dan mayonis.

**semua makanan yang kita suka kn**

Ok..kita tengok pula apa KESAN LEMAK TERHADAP KESIHATAN

Lemak dibahagikan kepada 4 jenis:
1. Lemak tepu (cth sumber: lemak daging, susu, krim, minyak kelapa, santan)
2. Lemak mono tak tepu (cth sumber: minyak zaitun, minyak kelapa sawit)
3. Lemak poli tak tepu (cth sumber: minyak kacang soya, minyak jagung, minyak bijian)
4. Asid lemak trans (cth sumber: minyak sayuran terhidrogen seperti marjerin dan lelemak atau "shortening")

Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan berlebihan berat badan dab obesiti. Selain itu, pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kolesterol darah dan seterusnya risiko penyakit jantung. Lemak trans dalam marjerin biasa dan makanan yang diproses boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

PANDUAN MENGURANGKAN PENGAMBILAN LEMAK

▶ Pilih bahagian daging tanpa lemak dan buangkan semua kulit serta lemak yang kelihatan sebelum masak.
▶ Masak dengan menggunakan kualit tanp lekat
▶ Gunakan minyak yang sedikit semasa menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng makanan untuk mengurangkan penyerapan minyak.
▶ Kurangkan menggoreng makanan yang disalut tepung.
▶ Pelbagaikan cara memasak seperti mengukus, merebus, membakar dan memanggang.
▶ Serapkan minyak yang berlebihan dengan menggunakan kertas penyerap minyak.
▶ Ubahsuai resepi untuk mengurangkan penggunaan santan. Gunakan susu tanpa lemak dan rempah asli sebagai ganti.
▶ Gantikan makanan ringan dengan buah-buahan dan sayuran segar.

Ha..dah kenalkan lemak2 yang ada dalam badan kita dengan apa yang kita ambil seharian..So reduce kan lemak. Ada caranya nk reduce kan lemak. Cubalah set kurangkan lemak shaklee.

belum cuba belum tahu..tak kenal maka tak cinta.

Saturday, 4 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua..
Selamat Hari Raya Aidiladha dr wawa sekeluarga..pada yang berada di kampung smoga bergembira disamping keluarga. Pada yang tak balik kampung jangan bersedih..masih boleh beraya juga kan..smoga kita gembira di atas rahmat yang Allah swt kurniaankan pada kita.

Di sini wawa ingin Mohon maaf di atas segalanya, kerana ada ketikanya MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf mentafsir, & HATI silap menduga. 

Kepada yang bakal menjalani ibadah qurban, selamat untuk semua. Semoga amalan qurban kita diterima Allah. Aminn.