Tahu tak apa itu GMO? Nampak macam tak penting kan? GMO atau GMOs ni sebenarnya “ Genetically Modified Organism” atau dalam bahasa melayunya Organisma Pengubahsuaian Genetik. Ia juga dipanggil sebagai “ Genetic Engineering” (GE).
Dulu-dulu saya tidak pernah ambil tahu tentang apa itu makanan-makanan yang GMO ataupun NON GMO. Tetapi, sejak join Shaklee, sejak mengamalkan ESP, banyak ilmu berkaitan kesihatan yang saya pelajari. Sebab tu sejak menjadi ahli Shaklee ni, bukan hanya sekadar jadi pengedar semata-mata. Tetapi, banyak ilmu yang diperolehi dari segi pemakanan yang sihat dan selamat.
GMO (genetically modified organism)
GMO bermaksud organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat atau ciri-ciri yang dikehendaki.
NON GMO (genetically modified organism)
NON GMO pula ialah bahan yang tidak di ubah secara genetik atau bahasa mudahnya adalah bahan makanan yang tidak dicampur dengan bahan kima dan ia tidak memudaratkan bila kita makan makanan yang NON GMO ini.
ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran, boleh kata produk soy protein yang berkualiti tinggi sahaja yang memasukkan asid amino dalam formula soy protein mereka.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP
- Rendah lemak
- Bebas laktosa
- Tanpa kolesterol
- Mengandungi 5 vitamin B penting
- Separuh daripada keperluan kalsium harian
- Soya isoflavones.